Berbagai kenangan pahit dan manis sepanjang tahun ku lalui dengan Syukur.Dan ini bermakna bertambah setahun lagi usia menandakan kita semakin matang menempuh kehidupan.
Tahun 2012 juga Esha mula bersekolah,walau dalam hati ni rasa takut andai Esha tak dapat biasakan diri untuk berdikari namun Alhamdulillah Esha kuat semangat,bijak dan walau bertubuh kecil dia mampu melakukan ape saja.
Pada bulan Mac aku melahirkan seorang puteri seberat 3.3 kg.Aku bersyukur kerana proses melahirkan paling menyenangkan tanpa sakit yang menyakitkan.Aku terima andai anak-anakku hanya perempuan kerana tiap kejadian Allah cukup indah,ku beri nama Nor Eriynasha,bermakna 3 orang puteriku semuanya.
Berbagai sambutan hari jadi anak-anak,Mr Sham,mama tersayang dan adik-adik,dan ulangtahun perkahwinan kami disambut dengan cukup istimewa tahun ini..Walau tak semeriah mana namun jika dikelilingi insan tersayang pasti detik itu cukup berharga.Makan-makan gelak ketawa....aku sentiasa berdoa agar tahun akan datang lebih indah dari sebelumnya
Walau aku memang kaki Compers namun untuk tahun 2012 ni aktiviti Compers ni agak perlahan kerana kesibukan namun ada jugalah terselit beberapa kemenangan untuk dijadikan kenangan
Setelah aku mendirikan rumahtangga selama 7 tahun inilah pertunangan kali ke-2 dalam adik-beradikku.Adikku Jawe bertunang pada November lalu,insyaaalah tahun depan mereka akan bernikah.
Dan yang paling dasyat pada 2012 manusia boleh mengetahui bahawa kiamat bakal berlaku.Namun Alhamdulillah sebagai ummat islam tidak sedikit pun terpalit rasa percaya dan ketakutan yang akan menimbulkan huru-hara terjadi.
Allahhuakhbar ....terima kasih ya Allah kerana beriku kegembiraan,nikmat dan kehidupan yang indah.Walau kadang aku lupa denganmu namun Kau tetap memberiku kenikmatan yang tiada tolok bandingnya.Ya Allah kau panjangkan usiaku,suamiku,anak-anakku,kaum keluargaku,Lindungilah,dan berilah kami rezeki yang halal.Dan berkatilah kehidupan kami dimasa akan datang.....
Berjumpa lagi di tahun hadapan dengan berbagai harapan dan impian.Semoga tabah dan kuat menyelusuri jalan yang Allah janjikan.....
Amin....