Isnin, 31 Disember 2012

Selamat tinggal 2012 nan indah....

Selamat tinggal 2012...tanpa sedar 2012 akan meninggalkan kita dengan seribu kenangan dan 2013 bakal tiba dengan perancangan rapi yang Allah janjikan untuk kita.
Berbagai kenangan pahit dan manis sepanjang tahun ku lalui dengan Syukur.Dan ini bermakna bertambah setahun lagi usia menandakan kita semakin matang menempuh kehidupan.
Tahun 2012 juga Esha mula bersekolah,walau dalam hati ni rasa takut andai Esha tak dapat biasakan diri untuk berdikari namun Alhamdulillah Esha kuat semangat,bijak dan walau bertubuh kecil dia mampu melakukan ape saja.
Pada bulan Mac aku melahirkan seorang puteri seberat 3.3 kg.Aku bersyukur kerana proses melahirkan paling menyenangkan tanpa sakit yang menyakitkan.Aku terima andai anak-anakku hanya perempuan kerana tiap kejadian Allah cukup indah,ku beri nama Nor Eriynasha,bermakna 3 orang puteriku semuanya.
Berbagai sambutan hari jadi anak-anak,Mr Sham,mama tersayang dan adik-adik,dan ulangtahun perkahwinan kami disambut dengan cukup istimewa tahun ini..Walau tak semeriah mana namun jika dikelilingi insan tersayang pasti detik itu cukup berharga.Makan-makan gelak ketawa....aku sentiasa berdoa agar tahun akan datang lebih indah dari sebelumnya
Walau aku memang kaki Compers namun untuk tahun 2012 ni aktiviti Compers ni agak perlahan kerana kesibukan namun ada jugalah terselit beberapa kemenangan untuk dijadikan kenangan
Setelah aku mendirikan rumahtangga selama 7 tahun inilah pertunangan kali ke-2 dalam adik-beradikku.Adikku Jawe bertunang pada November lalu,insyaaalah tahun depan mereka akan bernikah.
Dan yang paling dasyat pada 2012 manusia boleh mengetahui bahawa kiamat bakal berlaku.Namun Alhamdulillah sebagai ummat islam tidak sedikit pun terpalit rasa percaya dan ketakutan yang akan menimbulkan huru-hara terjadi.
Allahhuakhbar ....terima kasih ya Allah kerana beriku kegembiraan,nikmat dan kehidupan yang indah.Walau kadang aku lupa denganmu namun Kau tetap memberiku kenikmatan yang tiada tolok bandingnya.Ya Allah kau panjangkan usiaku,suamiku,anak-anakku,kaum keluargaku,Lindungilah,dan berilah kami rezeki yang halal.Dan berkatilah kehidupan kami dimasa akan datang.....
Berjumpa lagi di tahun hadapan dengan berbagai harapan dan impian.Semoga tabah dan kuat menyelusuri jalan yang Allah janjikan.....
Amin....

Jumaat, 21 Disember 2012

Happy anniversary untuk kami n happy Birthday Mr Sham juga.

18 Disember adalah hari paling bermakna dalam hidup berumahtangga yang aku lalui selama ini.Ia adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 7 dan hari tu juga hari ulangtahun Mr Sham.Cukup istimewa dan tetap menjadi kenangan tiap tahun.Walau tak di sambut dihotel-hotel tapi dengan adenye suami dan anak-anak yang menjadi semangat,madu dan racun itu dah lebih dari suatu nikmat yang Allah beri dalam hidup ini
Pejam celik dah 7 tahun kami hidup bersama,bersusah senang mengharung hidup yang Serbi sederhana,namun aku bersyukur kerana Allah adil dalam pemberiannya.Seorang suami yang lembut dalam pertuturan,matang,penyayang dan romantik dihatinya.Aku tak impikan kesempurnaan darinya,cukuplah aku tahu dia menyayangiku seadanya.
Semoga hubungan ini kekal hingga hujung nyawa,sama-sama kita bersedia dan redha atas ape yang bakal Allah janjikan buat kita nanti.Dengan harapan kita tabah merentasi segala ujian yang mematangkan kita sebagai suami isteri.Dan kita sama-sama berjanji akan menjadi ibu bapa yang hebat buat anak-anak dengan harapan mereka berjaya didunia dan akhirat.Mendidik,memberi kasih sayang serta pelajaran.
Ayah...
Terima kasih atas segalanya,hanya Allah dapat membalas segala pengorbananmu dari dulu hingga kini.Sayang ayah selalu.
Buat anak-anak Nor Eliysha,Nor Emiliysha Azwa dan Nor Eriynasha kamu anak mama yang hebat.Sayang kamu selamanya
Jumpa lagi..babai.

Isnin, 10 Disember 2012

Conso prize dari FB POPULAR BOOK

Minggu lepas ada orang call,cina la..masa dia cakap tu aku macam blur sikit.Memula dia cakap omputih pastu dia ingat aku cam tak paham terus dia cakap melayu..Rupanya dia PIC contest POPULAR kat FB tu....puas aku ingat,ade ke aku masuk contest under FB?oleh kerana aku ni ingat-ingat lupa so dia pun explaint...then aku terus check kat FB POPULAR....memang ade nama aku di situ just conso je pun.
Aku pun tak expect la boleh menang.Tapi contest ni senang je just isi form then tulis kenapa suka POPULAR...camtu la.Haish....lupa la.Tapi tak kisahlah event conso prize coz if kat FB conform beribu riban yang joint...so prize dia :
Boucer buku Rm50
2 x 30% tic masuk ke Legoland dan yang sedihnya valid 31.12.2012 macam tak acikan.If nak bagi....biarlah valid date tahun depan ke.
Dan boucer Rm30 permainan at legoland
Dan boucer buku tu telah selamat digunakan untuk beli buku Esha dan Emy pada ahad lepas.Punyalah seronok sebab dapat banyak buku yang free.Terima kasihlah Popular Book ..lain kali bagi lagi tapi kalau dapat first prize lagi shiok coz dapat cuti-cuti malaysia.
Ok la babai

Ahad, 9 Disember 2012

Baby Eriyn dah sunat

Alhamdulillah Baby Eriyn dah sunat.Aku sunatkan dia kat Klinik Asuza Masjid Tanah Melaka.Jauhkan nak sunatkan anak.Lega aku.Yela dah 9 bulan risau je sebab lambat.Dulu masa Esha ngan Emy aku sunatkan at Klinik kat Bandar tun Razak tapi sekarang dah tutup ,tu yang susah hati cari Klinik mane yang ok...
Tadi aku balik rumah MIL,lepas je subuh terus gerak ke Melaka.Gila awal...yela coz petang dah balik,esokkan Mr Sham kerja.So lepas sarapan at rumah MIL terus pusing-pusing Masjid Tanah nampak pulak Klinik tu..try tanye,aku pon terus daftar.Proses sunat pun tak makan masa lame.Tak sampai lima minit selesai ....aku ni baru nak tengok...tetiba dah siap...Baby Eriyn pun just merengek sikit je...kuat anak mama kan....
Bila dah selesai aku pon bayar.Serius murah Rm20 je...time kakak-kakak dia dulu Rm35 keatas.Padahal dah enam tahun lepas.Ubat dia bagi krim untuk sapu...aku pulak sibuk tanye cara penjagaan...hehehe bukan susah pun tak macam budak lelaki sunat leceh sikit.Tapi sekarang dah moden dan serba canggih.Tak sampai seminggu dah main bola...eiiii seram...ceh..aku pulak yang seram.ok la sampai sini dulu entry tak bergambar aku. Ok la babai

Ahad, 2 Disember 2012

Esha 6 tahun...happy birthday dear..

1.12.2012 genap 6 tahun usia Esha.Dah besar kakak kan?Mama sentiasa doakan kakak dilindungi Allah,dipanjangkan usia dan menjadi anak yang solehah.Tiada emas permata yang dapat mama beri namun hanya sekalung doa yang ikhlas untuk kakak.Janji mama akan menjaga serta mendidik kakak hingga ke akhir hayat mama.Kakak amanah yang Allah titipkan buat mama.Lambang cinta dan kasih sayang mama dan ayah.Tak akan padam.Selamat hari jadi kakak....
Semalam kiterang ke Maternity Expo di Mid Valley.Esha dan Emiy masuk coloring contest,malam baru sampai rumah.Penat,tak sempat nak celebrate birthday Esha,so malam nanti baru tiup lilin.Kek Ucu Memel yang sponsor.Kek Angry Bird by Doorset Hotel.Thank Ucu...
Ok...hadiah pulak Mr Sham beli PSP,tak sempat balut jadi gift coz beli dengan Esha,dia yang pilih sendiri.Dah selamat pon main.Aku pulak nak belikan telekung untuk Esha n Emiy,dengan harapan diarang dapat belajar sembahyang.
Okla...sampai disini saja...babai