Walau tak pernah jumpa tapi selalu follow story dia.Parent orang Sarawak dan Arwah ditempatkan di HKL.First aku nampak dia cukup sayu,dengan fizikal yang amat kurus dan kesihatan serta kompilasi berbagai.Tabah sungguh ibu dia kan...Umur dia sama dengan Eriyn beza hari je.
Cerita dia pernah masuk dalam MHI....sayu,sedih,pilu dan hanya yang menanggung saja yang tahu betapa hebat dugaan buat keluarga Arwah...tapi Arwah kuat namun kuasa Allah lebih berkuasa...Adik Adam pergi jua...Aku tahu ibu bapanya bersedih namun mereka redho dengan pemergiannya kerana tak sanggup tengok arwah menanggung kesakitan selama hidupnya.Tapi siapa sangka arwah Adam sekarang dah agak sihat ,montel dan keadaannya juga nampak positif....tapi itulah janji Allah sejak kita belum dilahirkan lagi...yang hidup pasti mati.Cuma masa dan ketika malah dalam cara apa kita pergi hanya Allah yang tahu...semoga Allah mencucuri rahmatNya untuk Adam Syukri...sesungguhnya syurga tempatnya,kau berkatilah ibu bapa ya yang selama ni menjaganya dalam sabar Dan tabah..
Ya Allah ,ya rahman ,ya Rahim
Kau lindungilah aku,suami dan anak-anakku,
Keluargaku,saudaraku....jauhilah dari bahaya.
Lindungilah ...dan panjangkanlah umur kami...Amin
Sayang dan cinta buat suami dan anak-anak tersayang.