Khamis, 23 Mei 2013

Emiy 5 tahun

Selamat ulangtahun buat Nor Emilysha Azwa yang ke 5.Tiada birthday party besar-besar cuma makan-makan dan potong kek aje.Macam biase tiap tahun kalau tiba aje birthday bebudak ni mesti ada kek sponsor.Haha...sape tak suka kan.Ape pon aku hanya mengharapkan agar Emiy sentiasa dilindungi Allah , menjadi anak solehah dan bijak.Now Emiy pon dah panjang akal ko jangan la kata tak boleh.Ha..siap dia memberontak.haih...sabar je aku.Aku tahu itu semua proses untuk pembesaran.Dah besarkan.Takpelah nak mama akan beri yang terbaik untuk Emiy, kakak and Eriyn.Mama sayang  semua.
Kek Askrim Haagen-Dazs sponsor dari Makcik Ieda.Memang sodap lelebih lagi kalau free kan...

Tu dia birthday girl.tiup jangan tak tiup.

Makan-makan import pasar malam je.Kebetulan time diaorang datang tu aku baru nak gerak ke pasar.So memang penuh tangan kiri kanan memborong.Sambil makan sambil borak.Dah malam baru diaorang balik.haha..best ok.walau takde party segala kalau disambut dengan orang tersayang memang menyeronokkan.Tq Allah atas semua rahmadmu...babai

Ahad, 12 Mei 2013

Sukaneka

Hari ni Tabika Perpaduan tempat Emy sekolah buat sukaneka di Stadium Kajang.Emiy naik bas ramai-ramai dengan cikgu dia.Aku follow naik kereta.Kata start pukul 8pagi tapi dah pukul 10pun belum mula lagi...cuaca memang terik.Kesian budak- budak tu bersukan tengah panas, tapi tetap semangat.Sebanyak 36 buah sekolah dan seramai 800 orang murid yang ambil bahagian.Memang ramai , baju pulak sama je colour berpinar mata kalau cari anak masing-masing kat tengah panas tu.

Emiy masuk acara petani moden.Dulu-dulu aku sekolah takde pun nama acara macam tu ok.Sekarang ni macam-macam nama pulak tapi permainan same je.Selain tu ada jugak games untuk kaum ibu bapa.Tapi aku tengok je boleh la.joint? Malula
So dalam 12.30 tengah hari kami pun balik.Acara semua dah selesai hanya tinggal acara ibu bapa dan penyampaian hadiah.Cikgu pun dah bagi green light untuk ibu bapa bawa anak balik.hadiah pulak cikgu beri masa kat sekolah nanti.Ape lagi segera ok.
Tak sanggup nak tunggu kang ada pulak yang pengsan.So layan je gambar .

 Pentas untuk berucap.Masih kosong kerana tetamu terhormat belum sampai.


Bahagian kanan pentas penuh dengan hadiah termasuk untuk cabutan bertuah.

Sepanduk Tadika Emiy.Siap ade gegula coklat ditepek ddisitu.Kreatif.

Tu dia..Melenggang-lenggok dia berbaris.Kengkawan kasut semua putih dia je colur hitam.Sengih je memanjang kan..


Tunggu turn masuk kepadang selepas perbarisan.


Haa..hamik semua berserah diri kat padang tu.Panas terik ok.Gigihla Mr.Sham usung payung cari anak dia at tengah padang tu.Nasib tak lama kalau tak pitam.


Yang Eriyn ni pulak dengan Mr Sham duduk tepi padang.Di biar anak dia ni main tengah panas.Time ni aku kat bawah khemah kat tepi tu nmpak tak..


Balik saje terus ke Nando's Jusco Taman Maluri
Clearkan voucher. Balik dah penat tak kuase nak masak.so kalau dapat free macam ni memang best.Nyummm..jemput tengok ye.


Babai.

Jumaat, 10 Mei 2013

Rezeki

Ni hadiah contest.Aku bukan pro comper.Tapi suka joint contest ni bila ada masa.Tapi kalau malas memang takdelah jawapnya.Kecik atau besar hadiah tu kalau dapat memang bersyukur sangat.Sekadar sebagai kenangan dan ingatan .

Voucher Nando's dari Majalah terbitan Karangkraft.


Sekotak biskut dari FB Jacobs

Swimming sut dari Fb AL AminKidsStore giveaway.

Giveaway dari Fb Whiskas.

Dari Fb Perfume Enchenteur .Wangi.


Voucher bersenam di FitnessFirst selama 2 minggu untuk 3 orang dari Fb JJacobs.

Alhamdulillah. Syukur...

Rabu, 8 Mei 2013

Tusyen

Hari ni Esha dah start tusyen, mats dan Bahasa Melayu.Yang buat tusyen ni cikgu sekolah dia jugak.Cikgu Lela nama dia.satu kelas 10 orang je dia ambil.So tadi dia ajar Bm.Sebenarnya dari awal tahun aku nak masukkan Esha ni tusyen tapi dia macam nak dengan tak nak je.So now dia cmacam excited pulak mybe dia dah kenal Cikgu tu kot.Lagi pon isnin depan dah Exam harap Esha boleh catch up.Seminggu just 2 kali je sebab hari lain Cikgu tu ajar murid tahun 2.

Ada jugak yang tanya anak baru darjah satu tapi dah hantar tusyen
Ikut masing-masing la.Bagi aku pelajaran kat sekolah sekarang sangat advance.Laju je.Ko lambat tinggal.Bukan aku tak ajar tapi aku takde skill macam cikgu sekolah so baik aku hantar tusyen, dari situ aku pantau ape yang dia belajar.Ape yang dia lemah.Sebab sekarang punya silibus kalau darjah satu ko dah kena tahu everything.Laju tak laju.Now Esha pun dah pandai Fb....haha celik It budak zaman sekarang.


Esha yang excited .Bagus..time ni dah habis tusyen


Isnin, 6 Mei 2013

Happy Monday

Alhamdulillah...masih bernafas pagi ni.Bangun je tenang rasa bila tengok anak -anak yang lena tido.Hari ni Esha and Amy tak sekolah coz Selangor Cuti.Malam tadi jenuh Duduk depan tv coz nak tahu result PRU13 lastnye aku surrender tido.bangun pagi ni buka Fb result dah ade...suka ke tak itulah pilihan rakyat.Yang aku tahu aku bersyukur pada Allah kerana beri kesempurnaan hidup dibumi bertuah ni ada anak,suami dan keluarga yang saling melengkapi.Cukup makan, pakai walau tak sekaya mana tapi aku tak harap bantuan orang.Lebih berkat andai rezeki datang dari usaha sendiri.Belajarlah untuk bersyukur.

Yang penting aku bangga dah jalankan tanggungjawap sebagai rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi.Dan tak sabar untuk menunggu PRU yang akan datang.Insyaallah



Ahad, 5 Mei 2013

Pengalaman mengundi PRU13

Inilah kali pertama aku jadi pengundi..tempat di Bandar Tun Razak.Sefamily semua at situ.Mr Sham je kat Lembah Pantai.So dalam 9.30 gerak ngan Mamaku.Tapi kat kawasan sini ada pengankutan disediakan tapi aku kan ngade..so terpaksalah mama jogging.Menyinga je dia..Sampai je at Sekolah kena beratur untuk chek no saluran kat sit je dah 1 jam..orang punya ramai...pastu baru boleh buang undi...
Mama dengan aku lain saluran.Tiba turn aku...oh my feeling nerves sampai terlupe nak pangkah ape?..tapi alhamdulillah lepas 2 jam beratur dengan penuh sabar semua selesai.
Aku undi ape...rahsia ok.
Tapi yang aku tensen mama pulak tak lepas.Line dia paling ramai.Sampai ade Makcik pengsan.Coz terlalu sesak, tatau kenapa.Sampai 4 line.Dahla semua veteran2..
Jam dah pkul 12 mama suruh aku balik dulu coz mesti lambat.Aku takut nak tinggal dia..kang pengsan kang.Tetiba adik aku Boy sampai dia lah tunggu sampai pkul 2 petang ok....
Fuh..punya azab nak mengundi, berjam-jam tapi Mr Sham sekejap je tak sampai sejam selesai.
Kalau tanya harapan aku pada PRU13 Kali ni semoga kerajaan bertambah maju, aman dan rakyat bersatu padu.