Sabtu, 10 Ogos 2013

Raya! Raya! Raya! 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .MAAF ZAHIR DAN BATIN. ...

Wah...raya punya pasal blog langsung tak jengok.Dasar makan lemang ketupat banyak la ni.Kemalasan tahap melampau.
Alhamdulillah...raya tahun ni macam tahun yang lepas-lepas juga la kan..petang raya dah riuh rendah kat rumah mertua kat melaka.Tapi aku pagi-pagi dah sampai.Memang kecoh gile la.Almaklum adik beradik Mr Sham 9 orang.Ko bayang camner ghupe.Dah macam nak masak kenduri dah...perasaan seronok le.

Memang resmi aku ni begitu.Cuma tahun pertama je aku first raya dengan family aku kat kampung aku kat slangor. Then sampai sekarang mesti kampung mertua dulu then baru kampung aku.Takde pelik.Yang penting saling paham kan.Tak pernah la gaduh nak raya mana dulu.Gurau gedik selalu la.Huhuhu...Lagipon Atok aku dah takde mak cik ada la.Kalau ikut resmi Jawa kat kampung aku first raya boleh raya rumah saudara terdekat je.Arwah Atok pulak anak sulung jadinya terpaksa la tunggu rumah coz adik beradik, sedara mara datang raya.Raya ke dua baru boleh raya rumah jiran tetangga.Camtulah..Dah 2 tahun Atok pergi.Sedih tu tetap ada.Semoga Allah mencucuri rohnya.Amin.


Tapi kat Melaka lepas semua sembahyang raya dan menziarahi khubur yang tiada sekampung aku beraya hehehe...naik terkehel kaki .Tak de rest punya beraya la sampai ko penat lagipon MIL ramai kenalan dan sanak sedara sekali kiterang datang
hambik...sekaum orang kata sampai tak muat rumah orang .Ko bayang anak buah je dah 30 orang belum mak apak lagi berpinar mato tuan rumah nak bagi duit raye.Sekali beratur berderet cam ketetapi.Sampai ke malam kiterang meraound.Kalau balik pon sekejap sekejap je untuk solat lepas magrib turn rumah yang jauh pulak.

Kadang aku je tertinggal belakang.Tak larat la nak marathon dengan kelek anak lagi, duit raya anak lagi...aiiiii..orang dah rumah hujung ko baru terkedek sampai...

tapi disebalik kemeriahan tu ada kesedihan yang masih terasa.Tahun lepas Nenda Mr Sham meninggal dunia pada waktu subuh 2 syawal.Ya..Allah hanya Allah yang tahu perasaan mereka waktu tu.Tapi segala ketentuan yang Allah tentukan ada hikmahnya.Semoga arwah Nenda Mariam dicucuri rahmat oleh-Nya.amin.

Huihhh...panjang celoteh.almaklum raya kan.Time raya aku bz nak bergambar.boleh camtuh yeh..mana tak ashik makannnnn je masuk umah orang ni lemang, yang rumah ni pulak kek, rendang itik..ko ado itik...Hoiiii ...matik laki tengok aku naik 20 kg....huwaaaa.ok ni je yang sempat di snap....


Tahun ni warna baju Mr Sham pilih colour biru nila.Ala tetiap tahun pon dia yang pilih.Aku ok aje asal lawo.ha..ni la family Kak ton muahaha..Time ni beraya rumah sedara dia.Memang kat rumah ni je bleh snap gambo sebab lame kemain.Eh..si Emy ni muncung pulak..ada la yang tak kono tu..huh..tudung mak ko pon dah senget dah melayan Eriyn kehulu hilir..


Tengok berapa ramai anak buah.Ni baru gambar separuh ni .Menggigil nak menghulur duit raya.Tapi kat rumah ni je tiga orang sekali bagi.terima kasih. ..tahun depan raya kiterang datang lagi..


Fuh..memang marathons time Ni.berpeluh ketiak berjalan reramai.kereta parking luar then jalan kaki.tengok si kecik tu.Konon nak jalan dukong tak mahu.Apak dia pon kontrol macho ngan sampin plikat cam nak gi menikah je kan.

Tu je Kalau suruh cerita sebulan raya tak pon tak habis..Pengalaman raya memang mengujakan tambah di samping suami, anak dan family. Syukur ya Allah dengan nikmatmu kau berilah kenikmatan untuk kami sekeluarga. .Amin.


























Khamis, 8 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

Salam Aidilfitri buat semua ummat islam..ohhh sedihnya meninggalkan bulan Ramadan nan mulia dan penuh barakah ini.Namun dengan hadirnya Syawal bermakna kemenangan telah dicapai dengan jayanya setelah sebulan berpuasa Alhamdulillah.

Syukur ku ucapkan kerana Allah masih beri segala kenikmatan didunia tanpa hujungnya.Walau kadang terlupa pada-Nya namun Allah tak pernah lupa memberi peringatan pada kita.Menyambut Syawal bersama insan tersayang begitu mendalamnya perasaan ini.Ada anak-anak , suami dan sanak saudara di sisi cukup buat hidup ni bahagia...setuju?...


Ya..ALLAH terima kasih atas segalanya....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.




Selasa, 23 Julai 2013

Cornflakes Madu + honey

Cewah..kengkonon nak bagi tahu donia la ni...yang aku buat kuih kat rumah sendiri.Nak raya kan.Semangat berkobar-kobar pulak tahun ni.Yelah bila lagi nak belajar kan.Selalu tu berangkut dari rumah Mama je.Ehhh...tak malas ok cuma takut tak menjadi je kuih tu.So lepas gogle ape yang patut.Maka lepas beli bahan petang semalam bermulalah operasi.Di bantu oleh assistance kecil macam nak terbalik dapur tu dibuatnya.Dengan si Eriyn dok mengacau nasib tak dia terbakar dalam oven tu...sabar jelah.Nak tahu kuih ape yang special sangat tu sampai nak bagi tahu satu donia ni...

Jeng..jeng...



Ni la bahan dia.Kuih paling senang dan sodap sekali..
Tak banyak pon bahan sebab ikut selera anak-anak.Kalau selera emak dia segala
Macam ada.


Bahan yang dah siap di masak.Tunggu nak masuk dalam sarung je.


Tu dia Chef kecik tekun membantu.Balik je sekolah salin baju terus mengadap.Siap warning tunggu dia balik sekolah baru start buat kuih. Aku pon warning balik
'Kakak puasa tau , tak boleh rasa' haha...


Tadaaaa..ni la dia.
Kuih CornCornflakes Madu.Haha..orang dah berzaman tahu kan.aku je baru terhegeh-hegeh buat.Habis asyik makan kat rumah orang je.Nak jugak merasa buat sendiri.Ehhh..sekali jadi.Tu yang lepas ni nak cuba yang lain pulak.Jangan bantat sudah


Nampak tak usaha gigih kami anak beranak...huih...bangga beno dapat 3 balang ni ye..tapi time berbuka diorang dah bedal sbotol.dah tinggal 2 botol.So malam tu jugak repeat buat kali kedua lagipon Cornflakes pek jumbo tu ada balance so aku habiskanlah.Siap je terus sorok dalam almari.Punyalah kdekut kata Mr Sham.Hello...nak buat kuih senang ni pon bertahun punya peram tau.


Ok jangan tenung lama-tau batal puasa...muahaha.

Selasa, 16 Julai 2013

Ramadan menu

Kalau hari minggu memang aku tak kemana untuk berbuka.Yelah hari tu jugakla nak iron baju sekolah bagai.So pagi-pagi harus ke Tesco cari lauk.Dalam fikiran ni sibuk memikir nak masak ape.Kadang kalau aku ke kedai mesti jadi pak pacak dulu then baru terhegeh-hegeh bungkus lauk.Tensen ok hari-hari nak masak.So jadinya lepas ke Tesco aku ke Jusco plak.Saje nak survey baju raya konon.Sekali haihh...ramainya orang tak tau mana baju,mana orang.Haha...boleh pulak ye.
Balik je dah petang.Gilo penat pastu nak masak lagi..lajuuuuu je menyiang ikan.Mr.Sham pon sibuk masak dia punya lauk.Bila aku tanya nak masak ape.Rahsiaaaa...ceh rahaia sangat.Dia ni kalau tengok tv cerita masak-Masak pastu Sibuklah nak try...suka ko la Ayah....jangan meletop rumah sudah...



Siakap stim..hijau je kan rope dia.Ada terkurang bahan sikit.Tapi rasa dia beshhh.Ingat nak letak cili hiris tapi takut anak tak makan.Anak aku kan elergic kalau nampak merah-merah.


Oh..feberet ni.Semangkuk boleh Telan sorang-sorang.
Cendawan goreng dengan ayam...Sodap.


Ni la yang Mr Sham masak.Ayam kari tapi tak buboh santan.Ayam dia bukan ayam biasa.Dia beli kat Jusco.Punya lah besor.Tapi dia ambil yang bahgian peha je la.Ayam Turki agaknya.Kalau dia tengok Chef kat tv tu masak unta mahu dia gi cari daging unta gak...adoi la


Tu je la.Kuih muih beli je kat bazar.Tapi tengok juga takut terbeli yang dah basi pulak.Sabor je la.Sebab aku pernah beli popia goreng sambal.Sekali makan basi.Ehhhh...rasa nak hantar je balik..kalau nak berniaga biar ikhlas...

Ok babai

Khamis, 11 Julai 2013

Ramadhan day 2

Jeng...jeng..jeng..wahh..time puase semua cerita pasal lauk ye...termasuklah blog kecik ni.Bukan ape saje buat kenangan masa depan hehe...hellehh..ke nak tunjuk pandai masak
.Tak la pandai mana pon tapi taulah juga dari makan kedai je kan.

Hari ni berbuka rumah sendiri.So awal -awal dah masuk dapur.Sediakan ape yang patut.Tau je la Erin tu  kalau dia meragam alamat kelam kabut jadinya.Time tengah tido haruslah pantas buat kerja.Tapi kalau dah klentang klentung memang celik jugalah mata dia.Siapla dia pon nak masak sekali.



Sambal sotong



Kenal tak ni.Cendawan tumis dengan udang.Sodap.


Ayam dan sotong goreng.Ayam tu nampak je black sikit
tapi kalah kfc.huhu..yang sotong pulak sebelum goreng beso bila dah goreng ko pon
segan nak makan.Cenonet je.




Rendang Kerang

Tu aje lauknya .Kuih muih pon ade. Alhamdulillah dah 2 hari Esha puasa penuh.
Puas juga la nak ngadap karenah dia yang mengengek nak berbuka awal.Yang Emy makantayang kat dia...hoih...sabo je la

Rabu, 10 Julai 2013

Ramadan 1

Syukur Alhamdulillah berjumpe lagi kita dalam bulan Ramadan nan mulia.Sayu je hati ni mengenangkan insan yang dah tiada.Hanya doa buat mereka.
Aku paling suka puase ni..yela bolehlah diet sikit.Kalau tak pagi petang ingat maaaaakan je..haha..so mase sahur tadi macam biasa la.Mkan pon nak tak nak.Tahun ni Esha nak belajar berpuase.Puas la aku menerangkan ape itu puasa.Kang tak pasal dia puase makan je tapi boleh minum.Lagipon sebelom tu dia dah excited nak sahur.
Sahur pon dia mkan coco crunch dengan susu.Bila aku suap nasi terus cebik tak nak.Dan
 semalam Achik Ida  call suruh buka puase rumah mama.Oh..pucuk di cita.Menyampah je Mr Sham dengar aku gedik suruh adik aku tu amik aku kat rumah.First puase wajib ok buke rumah bonda tercinta.Jelous la tu mak dia jauh....Dalam pukul 2 ptg dia sampai.So harus lah ronda-ronda dulu.Aku beli lauk untuk masak.Achik request asam pedas.ok set.Aku tengok Eaha ok lagi.Boleh sengih n ketawa bagai.
So petang tu dalam pukul 6 Esha dah ngengek haus..fuh puas pujuk .Dah macam berzikir dah dia
"Maaaaa...airrrrr..."Aloo kesian.Takpe traning.Bawak pergi bazar bila tanye nak ape air je yang dia nak.Dah sepanjang jalan kat bazar tu achik ida dengan Aboy kena dukung.Sabo je la.

Ni muke comel bangun "sohor".
Haha..bukan sohor la kakak..sahur.Boleh telan cococrunch n susu je.



Tengok..berjejeh air liok tengok bermacam makanan aada.Yang air bermacam jenis sampai tak cukup jug.Ni nikmatnya berbuka rumah mama..Alhamdulillah adik beradik
Semua ada.Uncle J je tak de.Bisnes kan.terima kasih Allah atas nikmat Mu.
Haha...lepas makan ada yang jadi ular sawa.

Gambar kiterang tak boleh up lood sebab memasing dah jadi monster lapar.Buruk rupe ok.
Ok jumpe lg babai.Hurkkk..ops kenyanggg.

Selasa, 9 Julai 2013

Monster university

Akhirnya dapat juga clearkan tiket free  dari Suria Fm ni.Yelah...dah nak puase.Tak kan nak tengok movie time puase baik pergi terawih jadinya isnin hari tu Mr Sham balik je kerja  6.30 ptg terus gerak ke Lesure Mall.Tapi Monsters university movie last showings pukul 5 pm.Aduss..Terus aku Google.Last-last kat 1 Shamelin Shopping mall tengah tayang.Zasss...sampai je dah 1/2 jam main.Takpe la ..dari burn tiket ni.

Ape pon anak-anak memang enjoy.Kusyuk je dia orang tengok.Time nak habis je Eriyn buat perangai.Ok klau macam ni lain kali kita tengok movie lagi ye.


4 keping tiket buat kami.


Nampak tak seronoknya muke anak dara berdua ni.


Ok babai.Dalam misi mencari tiket free lepas raya pulak.hehe...