Jumaat, 25 Januari 2013

Esha...1berdikari...

Jumaat 18.Jan aku ke sekolah Esha bagi menghadiri Majlis Penutupan Transisi Dan Guru Penyayang.Tepat jam 8pagi dah sampai.Kene beratur untuk ambil paper exam Esha bagi penentuan kelas yang lepas
Aku pulak yang berdebar,teringat mase ambil result SPM dulu...hehe.Exam ni adalah untuk menentukan kelas.Masa Esha ambil exam ni pon aku tak tahu,sedar-sedar cikgu dia kata exam dah habis...so reho je la ye.Time at rumah memang jarang study,yelah awal-awal buka sekolah kan,diaorang at sekolah pon belajar sambil bermain sampailah penetapan kelas dibuat dan jadual diedar baru la sesi pembelajaran bermula.
So now Esha at 1 Berdikari kelas yang ke-2 dengan markah 57/65.Exam tu hanya melibatkan 2subjek iaitu BM &BI..Syukur...Alhamdulillah bila aku tengok je paper tu sebak pula aku...walau pon at tadika takde exam macam tu tapi Esha boleh jawap dan yang penting markah dia bukan 0..memang Esha harap sangat dapat masuk kelas first Kelas 1 Azam tapi Berdikari pon ok juga..
Tahun ni murid tahun 1 tak ramai cuma 3 kelas dengan murid hanya 126 orang sahaja so beza kelas pandai or kelas kurang pandai tak wujud.As a parent kita harus bagi semangat pada anak-anak agar maju dan terus maju bukan kondem dia je.
Untuk Esha aku harap dia boleh menjadi contoh terbaik buat adik-adik nanti,jadi bijak,smarts dan cemerlang.Yakin boleh.Mama love u

Selasa, 15 Januari 2013

BL1M ...nak juga

Berkobar-kobar baca paper hari ni,memang hari-hari baca pon coz Mr Sham peminat Berita Harian...so tajuk utama yang memikat hati adalah:
BL1M atau Bantuan Lesen 1Malaysia.Tapi untuk lesen memandu B2 saje.So Mr Sham cadangkan untuk aku ambil lesen tu.Memang aku nak tapi dalam kepala dah ligat berfikir sape yang nak handle anak-anak dan yang tak best aku ni NERBES sikit..hahaha.
Yela hari-hari ambil anak dari sekolah walau jarak tu tak jauh tapi if dah ada peluang kerajaan nak bagi tak payah siakan.So aku cakap nanti aku apply online
Bagi aku memang bersyukur sangat if kerajaan nak bagi bantuan macam tu,dan ini akan menggalakkan pemandu motosikal kat luar sana apply lesen.Ada tu yang berpuluh tahun menunggang moto tapi lesen takde,sanggup kene saman ribu riban...
Syarat dia tak susah pun:
1: Warganegara Malaysia umur 17 sampai 40 tahun
2: Tiada lesen memandu.
3:Sihat dan menepati semua piawai yang ditetapkan oleh JPJ
4:Yuran hanya RM199 sahaja dibayar dalam bentuk Money Order pada 'myEg Serice Berhad
5: Bawa kad pengenalan
6:Tiada jalan pintas
Alhamdulillah rezeki tu sentiasa ada buat rakyat Malaysia ni..jadi peliharalah keamanan negara tercinta kerana andai kita tahu bersyukur maka Allah Akan beri lebih pada kita
So start bace buku lesen lepas ni...hehehe

Ahad, 13 Januari 2013

Madu baru...aku terima je.

Huih...klass statement kan..ko sanggup ade madu.Aku tak sanggup sebab aku tahu aku ni bukanlah wanita budiman so Mr Sham jangan sesekali terlintas ok...hahaha(dalam hati kecut dengan perkataan madu)
Ok...yang sebenarnya MADU BARU tu..motor baru.Yelah dari tahun lepas aku dak mengengek kat Mr Sham,bukan mengade nak merempet,tapi nak hantar Esha sekolah.Sempot aku kalau jalan kaki pastu dukung si Eriyn.Berpeloh gak lah ketiak.Tapi tak lah jauh mane 15 minit berjalan kaki je...tapi aku kan manja haruslah tiup2 Mr Sham sikit,pujuk2 maka aku sekarang jadi minah rempit tapi just hantar anak balik sekolah je.Mr Sham naik motor lama sebab aku tak kuase nak start pakai kaki...tapi motor baru haruslah ade starter.
So Mr Sham belikan aku motor Modenas CT 100 warna hijau muda& putih.Cukup cun dan solid je....tank u ,I lap u la Ayah...hehehe

Isnin, 7 Januari 2013

Minggu persekolahan Esha & Emy bermula.

Baru sempat nak taip blog...walau tak bergambar tapi inilah kenangan dimasa hadapan. Now teramat la bz,as surirumah kan kalau dulu Esha je yang sekolah tapi sekarang Emy pon ketadika juga.So bz dengan kehulu dan kehilir la.So yang jadi peneman sikecikla Eriyn.So inilah ceritera anak-anak tersayang sepanjang sekolah baru dibuka
2 January 2012
Esha ke tahun satu,macam biasa bangun pagi mesti nyanyi dulu.Pening aku.Emy pulak senang je bangun.Semangat dia nak sekolah.Comel je dia sarung uniform.Untuk first day aku bawakan bekal.Mr Sham hantar bebudak gi sekolah coz dia ambil cuti 3 hari.Senang sikit la kerja aku.Sekolah Emy dekat,so aku jalan kaki je.Sampai je aku tengok Emy dah memain kat situ,nampak je aku dia suruh aku balik tengok Esha,takut Esha nangis kata dia..hahaha...Emy memang dah kenal cikgu kat situ so dia memang dah tak takut.So aku pon gerak ke sekolah Esha...macam biase ade drama air mata disitu.Mr Sham la yang layan.Aku buat tak tahu je..Esha memang agak "cembeng"sikit tapi lelame dia ok.
Time Esha rehat memang aku ada.Kesian pulak kang dia tak makan.Yela dia mana tahu nak membeli,jadi aku kene la training dia.Buat permulaan memang aku jengok dia sekejap2
Now Esha kat 1cekal pada sesi pagi.Tahun ni tiada sesi petang.Pada 21 January akan diadakan test untuk murid tahun satu bagi menentukan kelas.Hanya subjek bahasa melayu dan inggeris sahaja.Aku harap sangat Esha boleh jawap lagi pun dia dah fasih membaca so aku yakin dia boleh
Cikgu2 yang mengajar tahun 1 semua perempuan.Semua garang.Bila dia jerit hamik...ko satu sekolah dengar.Bagi aku itu namanya tegas.So bila Esha yang lemah gemalai ni kene dengan cikgu sebegitu memang dia tak berbunyilah.Tapi aku tahu cikgu2 ni baik-baik.kelas tahun 1 hanya 3 kelas sahaja kerana memang itu yang ditetapkan oleh sekolah.So sekarang hanya minggu orientasi sahaja dijalankan,tiada pembelajaran rasmi di adakan hinggalah ujian Linus diadakan bagi penentuan kelas.Jadi Esha tak payah bawa buku,just pencil case je.
Hurm...sekejap je anak-anak dah besar dan kita pon makin bertambah usia.Perasaan tu macam-macam la,sedih,suka,happy...susah nak cakap cuma sebagai ibu bapa aku ingin pastikan anak-anak cukup segala dan terpelajar.
Alhamdulillah ya Allah ku panjatkan Syukur padamu dengan segala kenikmatan yang kau beri,anak-anak,suami serta kehidupan yang terindah.Ku harap aku tidak lupa dengan ape yang telah kau beri didunia dan kuharap kau berikan jua kenikmatan di akhirat kelak.Amin