Baru sempat nak taip blog...walau tak bergambar tapi inilah kenangan dimasa hadapan.
Now teramat la bz,as surirumah kan kalau dulu Esha je yang sekolah tapi sekarang Emy pon ketadika juga.So bz dengan kehulu dan kehilir la.So yang jadi peneman sikecikla Eriyn.So inilah ceritera anak-anak tersayang sepanjang sekolah baru dibuka
2 January 2012
Esha ke tahun satu,macam biasa bangun pagi mesti nyanyi dulu.Pening aku.Emy pulak senang je bangun.Semangat dia nak sekolah.Comel je dia sarung uniform.Untuk first day aku bawakan bekal.Mr Sham hantar bebudak gi sekolah coz dia ambil cuti 3 hari.Senang sikit la kerja aku.Sekolah Emy dekat,so aku jalan kaki je.Sampai je aku tengok Emy dah memain kat situ,nampak je aku dia suruh aku balik tengok Esha,takut Esha nangis kata dia..hahaha...Emy memang dah kenal cikgu kat situ so dia memang dah tak takut.So aku pon gerak ke sekolah Esha...macam biase ade drama air mata disitu.Mr Sham la yang layan.Aku buat tak tahu je..Esha memang agak "cembeng"sikit tapi lelame dia ok.
Time Esha rehat memang aku ada.Kesian pulak kang dia tak makan.Yela dia mana tahu nak membeli,jadi aku kene la training dia.Buat permulaan memang aku jengok dia sekejap2
Now Esha kat 1cekal pada sesi pagi.Tahun ni tiada sesi petang.Pada 21 January akan diadakan test untuk murid tahun satu bagi menentukan kelas.Hanya subjek bahasa melayu dan inggeris sahaja.Aku harap sangat Esha boleh jawap lagi pun dia dah fasih membaca so aku yakin dia boleh
Cikgu2 yang mengajar tahun 1 semua perempuan.Semua garang.Bila dia jerit hamik...ko satu sekolah dengar.Bagi aku itu namanya tegas.So bila Esha yang lemah gemalai ni kene dengan cikgu sebegitu memang dia tak berbunyilah.Tapi aku tahu cikgu2 ni baik-baik.kelas tahun 1 hanya 3 kelas sahaja kerana memang itu yang ditetapkan oleh sekolah.So sekarang hanya minggu orientasi sahaja dijalankan,tiada pembelajaran rasmi di adakan hinggalah ujian Linus diadakan bagi penentuan kelas.Jadi Esha tak payah bawa buku,just pencil case je.
Hurm...sekejap je anak-anak dah besar dan kita pon makin bertambah usia.Perasaan tu macam-macam la,sedih,suka,happy...susah nak cakap cuma sebagai ibu bapa aku ingin pastikan anak-anak cukup segala dan terpelajar.
Alhamdulillah ya Allah ku panjatkan Syukur padamu dengan segala kenikmatan yang kau beri,anak-anak,suami serta kehidupan yang terindah.Ku harap aku tidak lupa dengan ape yang telah kau beri didunia dan kuharap kau berikan jua kenikmatan di akhirat kelak.Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan