Selasa, 16 Julai 2013

Ramadan menu

Kalau hari minggu memang aku tak kemana untuk berbuka.Yelah hari tu jugakla nak iron baju sekolah bagai.So pagi-pagi harus ke Tesco cari lauk.Dalam fikiran ni sibuk memikir nak masak ape.Kadang kalau aku ke kedai mesti jadi pak pacak dulu then baru terhegeh-hegeh bungkus lauk.Tensen ok hari-hari nak masak.So jadinya lepas ke Tesco aku ke Jusco plak.Saje nak survey baju raya konon.Sekali haihh...ramainya orang tak tau mana baju,mana orang.Haha...boleh pulak ye.
Balik je dah petang.Gilo penat pastu nak masak lagi..lajuuuuu je menyiang ikan.Mr.Sham pon sibuk masak dia punya lauk.Bila aku tanya nak masak ape.Rahsiaaaa...ceh rahaia sangat.Dia ni kalau tengok tv cerita masak-Masak pastu Sibuklah nak try...suka ko la Ayah....jangan meletop rumah sudah...



Siakap stim..hijau je kan rope dia.Ada terkurang bahan sikit.Tapi rasa dia beshhh.Ingat nak letak cili hiris tapi takut anak tak makan.Anak aku kan elergic kalau nampak merah-merah.


Oh..feberet ni.Semangkuk boleh Telan sorang-sorang.
Cendawan goreng dengan ayam...Sodap.


Ni la yang Mr Sham masak.Ayam kari tapi tak buboh santan.Ayam dia bukan ayam biasa.Dia beli kat Jusco.Punya lah besor.Tapi dia ambil yang bahgian peha je la.Ayam Turki agaknya.Kalau dia tengok Chef kat tv tu masak unta mahu dia gi cari daging unta gak...adoi la


Tu je la.Kuih muih beli je kat bazar.Tapi tengok juga takut terbeli yang dah basi pulak.Sabor je la.Sebab aku pernah beli popia goreng sambal.Sekali makan basi.Ehhhh...rasa nak hantar je balik..kalau nak berniaga biar ikhlas...

Ok babai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan